TAUHIDATUL WUJUDIAH

Mengenal Diri Mengenal Allah

Perihal  Keislaman Manusia Sejagat

 BISMILLAHIRROHMANIRROHIM..

(Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.(Al-Qaf:5)

Ya Allah, selamatkanlah jiwa/ruh kami!”

Meded, ya Sultanu-l Anbiya, Meded, ya Sultanu-l Awliya, Meded, ya Rijalallah! Audhu bi-llahi mina shaitani rajim, Bismillahir Rahmanir Rahim, La haula wa la quwatta illa bi-llahi-l ‘Aliyu-l ‘Adhim.

 

 

 

 

 

     Selamat datang ke Laman Tauhidul Wujudiah! Di sini kita memperkatakan bagaimana manusia itu sememangnya diambang kerosakan moral dan tidak mengerti apa itu ISLAM sebenarnya. Mereka hanya tahu Hukum Hakam tetapi tidak ambil tahu tentang perkara yang wajib diketahui. Kenapa ? Sebab ? Apakah ? Dimanakah ? Siapa ? adalah persoalan yang Allah S.W.T jadikan untuk manusia mengkaji dan belajar dari aspek kehidupan sehinggalah ke akhir nanti!

Itulah hari dimana kita dibahaskan, kita dihitung dan dibalas dengan amal yang telah kita perlakukan samada BAIK ataupun sebaliknya.

Perhatikan Firman Allah S.W.T ini yang bermaksud  :

(Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.(Al-Qaf:5)

Dengan kerana inilah tercatat dalam Kitab Ad-Durul Nafs bahawa Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud;

"Tiada jua berkata satu kaum dengan kata yang tiada sampai kepadanya akal mereka itu melainkan adalah memberikan fitnah atas mereka itu.”

 Justeru itulah segala sesuatu itu telah terhimpun menjadi satu dan yang satu itulah berada didalam dada ahli SUFI yang menjadi Kekasih Allah S.W.T.

Demikian juga Imam Ghazali ada menjelaskan perkara ini dalam Ihya Ulummuddin dengan kata-katanya seperti berikut;

"Ditegahkan daripada menzhohirkan rahsia itu kerana pendek segala faham untuk mendapatkannya".

Dengan kerana inilah,  maka Syeikh Ibnu 'Arabi pernah berkata;

"Adalah bagi kaum(penghulu ahli sufi) itu beberapa istilah mereka yang  tiada mengetahui akan ia melainkan bagi "ahlinya".  Maka tiada  harus (haram) bagi yang bukan ahlinya mentelaah segala kitab-kitab mereka kerana tiada mengetahui kehendaknya(ahli sufi).  Jika diambil atas zhohir  perkataan mereka itu,  maka membawa kepada "KUFUR".  (Petikan Kitab Manhalus Shofi )

   

 

Dengan memahami sabda Nabi SAW. dan kata-kata mereka yang ahli dalam bidang ini;  Jadi tidak hairanlah kenapa ada segelintir boleh berkata dan menuduh bahawa sesiapa yang membawa jalan ini dikatakan sesat dan kafir.  Contohnya = Walaupun dia seorang prof. tetapi beliau bukanlah dari kalangan ahli-ahlinya sebagaimana juga Prof. Yusof. Qhodawi yang menuduh Ibnu Arabi perosak agama hanya kerana beliau jahil dan bingung dalam memahami maksud sebenar puisi-puisi yang penuh dengan isyarat-isyarat  Alam Tinggi. Janganlah menjadi seperti mereka sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud;

Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab. (Al-Rum: 29)

Marilah kita sama-sama mengkaji dan mengaji supaya amal perbuatan itu sepadan dengan NIAT yang terlentur serta mendapat keberkatan dengan terlaksananya ILMU, AMAL, USAHA dan DOA.........

PERINGATAN PENTING :

Kepada yg selalu sms dgn singkatan assalamualaikum jadi AKUM harap baca petikan dibawah ni.. semuga kita tahu dgn apa yg kita buat....klu dah tahu.. nak buat jugak.. tu tak kisah laa...perahu masing masing.. masing masing kayuh.. nak tuju hala mana.. hulu ke hilir.. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran Yahudi untuk orang2 bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud ' HAMBA2 BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.. Pada zaman dahulu, orang2 Pagan menyembelih binatang untuk bintang yang dianggap tuhan. Orang2 Yahudi menggelarkan binatang itu AKUM sehingga nama itu lekat pula kepada orang2 bukan Yahudi kerana mereka dianggap seperti binatang dalam ajaran mereka.

 

                             

Hadis                            Tassauf

Laman Lain

Laman buat Wanita Mencari RESEPI MASAKAN - Sila Klik Dibawah:                                                                       

 

Laman Bagi Mendapatkan PETUA NENEK - Sila Klik Dibawah:  

Laman Buat GURU & PELAJAR- Sila Klik Dibawah: